Thursday 6 December 2012

CAHAYA 12 - KEMATIAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..


Alhamdulillah, kesempatan yang ada ini mari kita panjatkan rasa syukur padaNya atas segala nikmat yang di berikan..syukur Ya Allah..


Hari ini ada berita kematian yang sy dapat, berita yang hampir dengan sy..
Officemate sy baru sahaja kehilangan anak dalam kandungan, kandungannya telah menjangkau 8 bulan lebih, yakni 2 minggu awal dari due date sepatutnya..berlaku komplikasi.. anak sulung perempuan kepada pasangan ini pergi tidak kembali lagi..pergi tanpa sempat mengucapkan salam kepada dunia serta ibu bapanya..saat dimana ibu bapa menantikan bayinya hadir untuk memberi kebahagiaan kepada mereka hancur apabila kematian memanggil..begitulah takdir, qada&qadar yang ALLAH telah tetapkan untuk setiap dari kita..


Bagaimana ya perasaan seorang ibu bila ketahuan yang anaknya sudah meninggal dunia?
Perit?
Sedih?
Kecewa?

Berbagai-bagai perasaan yang bakal di lalui oleh kedua ibu bapa itu..hanya redha dah berserah pada ALLAH jualah dapat menenagkan pasangan itu.. ALLAHURABBI..tak dapat untuk sy gambarkan perasaan itu kerana sy jua berasa sedih apabila mendengar penghabaran ini..

Ya ALLLAH, jika ini adalah yang terbaik untuk pasangan tersebut, Kau berikanlah kekuatan, dan tabahkan mereka untuk menghadapi segala yang bakal berlaku, amin..


IM@TF: Syurga menanti mu wahai khalifah...


"Sesungguhnya kematian itu pasti, dan ia tidak akan berganjak kehadapan mahupun kebelakang walaupun sesaat.."



~Mati itu pasti, cuma bila dan dimana adalah RAHSIA~

Thursday 13 September 2012

Wednesday 5 September 2012

CAHAYA 11 - Open Istana~

Esok ada open istana, tapi untuk staff istana jak, hehe..jgn jeles na +_*

Akhirnya dapat gak jumpa Tuanku secara live, kehkeh..


Friday 24 August 2012

CAHAYA 10

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..
Hai..minggu yang membosankan..
3 hari yg lepas, sy tak buat kerja apa sangat pon, lebih kepada 'lagha' jak..
Pagi-pagi masuk kerja dah start on9, FB, dan sebagainya.. telepon ofis pon senyap sunyi jak, berdering sekali dua jak, kurang aduan nmpaknya.. al-maklumlah, staff Istana pon ramai yang masih bercuti, jadi tiadalah aduan, lalala.. Minggu depan sudah pasti kesibukan melanda, dah hujung bulan, start buat laporan untuk claim..
Semalam (23hb) sy dan staff kat sini pergi curik tulang, hahaha.. kami pergi ke jalan TAR, dari jam 10pg hingga ke 2ptg, jalan-jalan shopping! sy sempat borong baju kurung cotton 4 pasang, semuanya RM125..mula-mula beli 3 pasang RM100, then ternampak pula kedai yang jual 4 pasang RM100, alamak! dah rugi.. huhuh.. sepasang baju tue jenis cotton pokodot, itu nak bagi my sis, dia minat sangat, so belikan je lah..yang lain is mines!heheh.. adik sy pula share jak dengan sy, tapi ada 1 jak yang dia muat, yang lain tak berapa nak muat, sebab sy pilih saiz M, dia badan saiz L, hihihi.. sorry Noly, next time ya~
Minggu depan sy pergi bercuti dengan family, yeah!!
InsyaAllah Terengganu menjadi pilihan kami..my sis & brother in-law tengah gigih cari tempat peranginan yang menarik, pantai yang boleh mandi, laut menbiru, chewah~ syoknya dapat bercuti..
Tapi yang tak berapa syoknya, sy gerak dari kL lambat sikit, my family gerak dulu =( apa boleh buat, cuti 29hb tidak diluluskan :( sy kena pergi ke Terengganu naik bas, alahai~  so, minggu depan isnin & selasa kena siapkan semua kerja, kena bagi Head apa yang dia nak untuk claim tue..
Na, na, na,na Ganu kite~
Sy ada 1 masalah.. yakni, borang kaji selidik yang diedarkan kepada polis-polis & askar belum habis diisi..dah banyak kali gak follow up dengan mereka, tapi mereka kata belum habis isi :( haissh..harap-harap isnin nie boleh complete semua borang dan start buat laporan, amin~





IM@TF: Siap kerja cepat boleh enjoy~ Permudahkanlah urusan kami Ya Allah..

Wednesday 22 August 2012

CAHAYA 9

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...
Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...
Assalammualaikum wrt wbt..

Salam Syawal buat semua umat Islam..
Hari nie hari raya ke-4, sy dah start kerja dah.. tak ambil cuti lebih pon sebab mak tak bagi ambil cuti, hehe.. mak ada plan lain masa cuti Merdeka nanti, that why la.. time cuti Merdeka tue, my sis dekat Ganu tue cuti, so my mum plan nak buat family holiday, chewahh~ kami plan nak bercuti dekat terengganu, huhu..


Yeah!! Duit Raya dari Atok, lumayan~

Muhammad Ar-Rayyan Rizqin@bambam~


Dhia Umairah~


Dekat opis nie sunyi jak, tak ramai yang masuk kerja lagi.. so, sy pon tak berapa nak ada kerja, mengulor jap, hihi.. (kejap kew??) Raya tahun nie macam biasa jak..yang syoknya semua family members balik kL tahun nie, syok!! kami dah la susah skit nak gather2 nie, al-maklumlah sorang utara, sorang timur.. time raya la dapat jumpa abg, kakak dan anak2 buah, so cute!! tahun nie sy tak dapat duit raya pon, so sad =( eh, lupa..dapat, dapat.. RM50 dr my sis yg duduk dekat Ganu tue, heheh.. dan tahun nie gak sy stat beri duit raya pada anak2 buah serta sepupu sepapat yg lain, dah kerja katakan, lalala.. time paling syok is time berkumpul dengan sedara mara, meriah, ramai o0o0..sampai tak muat rumah, huhu..  Family Jaafar, u'll da best!!

My Little Cousin~

Girls~

Anak Dara~ (tapi ada yg tersesat, ibu mengandung pon ada, haiss..)


IM@TF: Hari ini sy dah start puasa 6, mak ajak, heheh.. ^_^ sahabat2 sudah? masih sempat lg, ada sebulan lg raya =p  

Friday 17 August 2012

CAHAYA 8

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...
Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...
Assalammualaikum wrt wbt..

Sudah hampir sebulan kita berpuasa Ramadhan, pejam celik dah nak raya.. Perubahan? Peningkatan? dalam diriku mungkin hanya secebis cuma, tak banyak perubahan dan peningkatan yang berlaku.. sama seperti bulan-bulan biasa.. kenapalah diri ini tidak ambil peluang untuk meminta ampun kepadaNYA? adakah diri ini terlalu bongkak dan sombong pada yang Maha Pencipta?? Layakkah diri ini berlaku sedemikian rupa?? pada hal Dialah yang menciptaku, yang memberi segala nikmat yang ada.. aduhai..  sesungguhnya aku berada dalam kerugian.. =(   Menyesal?? haruslah.. Ramadhan datang setahun sekali jak, nak tunggu setahun akan datang makan masa..lama..sempatkah aku berjumpa dengan Rmadhan itu lagi? aiseeyy..kenapalah tak beringat dulu? kenapalah tak motivasi diri dulu? bila dah terlepas barulah terkinja-kinja nak pandang belakang ..dah terlambat bah.. =(


SeLaMat HaRi RaYa AiDilFitRi
MaaF ZaHir BaTiN
^_^





IM@TF: Maaf atas segala salah silap, segala tutur kata, segala perbuatan..tahu diri ini tidak sempurna..

Wednesday 18 July 2012

CAHAYA 7

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..

Salam Ramadhan buat semua umat Islam..
Lagi 2 hari jak kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan yang kita tunggu setiap tahun..
Sekalung TAHNIAH buat anda semua.. ^_^

Alhamdulillah, sekarang ana ada join usrah.. walaupun sibuk berkerja, ana cuba juga untuk memberi makan pada rohani ana untuk bekalan masa hadapan.. ribuan terima kasih kepada sahabat ana, Norazlin Amran sebab tak jemu ajak ana join usrah nie, terima kasih ALLAH..

Nak taw tak ana usrah dengan siapa? ana usrah dengan Kak Ha (nama glamor), nama sebenar Fatimah Sharha, penulis buku tue.. tak percayakan?? ana pon tak sanggka ana dapat jumpa dan berusrah dengan dia, subahanallah~  ana kenal Kak Ha nie dari buku dia "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ".. memang buku nie TERBAIK lah, thumbs up!! masa ana beli, ana terus baca time dalam bas.. woha! ana siap melelehkan air mata masa baca buku nie, terkesan dalam diri..

Terbaik~


Moga usrah ini dapat membentuk diri ana menjadi muslimah Islam yang mentap, mendekatkan diri ana pada Yang Maha Pencipta serta memahami agama Islam dengan lebih details, insyaALLAH~


IM@TF:  Selamat Berpuasa kepada sahabat2 sekalian, chewah~

Friday 6 July 2012

CAHAYA 6


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..

Allhamdulillah, syukur atas setiap nikmat yang di kurniakan-NYA.. 

Subahanallah!
Alhamdulillah!
Allahuakbar!

Puji-pujian kepada ALLAH Pentadbir seluruh alam.. YA ALLAH, hambaMU ini ingin memohon keampunan atas segala dosa yang telah hambuMU ini lakukan.. terimalah taubat kami walaupun ianya sebesar zarah.. berilah kami petunjuk agar kami beroleh ketenangan dunia dan akhirat.. 

Nisfu Syaaban..

Buku amalanku untuk tahun lepas telah di angkat ke langit.. aku tahu, banyaknya kesan kotoran hitam yang tertulis padanya..kesan hitam yang tidak mungkin akan hilang hatta menggunakan clorox.. aduh.. banyaknya dosaku tahun-tahun lepas.. apa yang perlu aku lakukan ya?? aku benar-benar sudah terpesong jauh, jauh dari nikmat bertuhankan ALLAH  =(  setiap detik ada sahaja dosa yang akan ku lakukan.. aku mahu berubah.. ALLAH, bantulah aku..


Buku yang baru nie aku nak pastikan is BERSIH!
Aku akan cuba sedaya upaya aku, InsyaALLAH..

Let's keep it clean my dear friends~




IM@TF:  I LOVE ALLAH, kekalkanlah hidayah dalam diri ini, amin~
Jangan terkejut pula if sy guna kata panggilan "aku", hehhe..

Saturday 2 June 2012

CAHAYA 5

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..


Hari ini cuti umum, cuti Keputeraan Agung. So, semua rakyat Malaysia cuti. Kecuali, staff Widad Builders Sdn Bhd, yang berkerja di Istana Negara, Jalan Duta. Mereka kena standby untuk sambut hari Keputeraan Agung. Wah! syoknya, boleh claim OT, hehehe.. Selamat Berkerja ya, moga semua urusan berjalan lancar ^_^
Moga ALLAH lanjutkan usia Tuanku, amin..

Mingu ni my sis balik, dapat la jumpa 'bambam'. Anak buah ku yang pertama, Muhammad Ar-Rayyan Rizqin. Tapi, bambam tak berapa sehat, demam. Bila dah demam, meragam jak, maklumlah baby, umur 6 bulan. Bila dah demam meragam, menangis jak =(  kesian pula tengok bambam..moga bambam cepat sehat, boleh main-main dengan maknjang, lalala.. Petang nanti umah makcik ana ada buat kenduri arwah, dapatlah berkumpul dengan sedara mara semua.   

Moga cepat sembuh sayangku~



IM@TF: Cuti sekolah dah start, yok bercuti!  

Friday 1 June 2012

CAHAYA 4

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..


Salam Jumaat sahabat-sahabat semua, salam barakah..

Hari ini sudah secara rasminya masuk bulan June, yakni bulan 6. Cepat rasanya masa berlalu meninggalkan usia. Usia setiap saat semakin tua, bukan semakin muda. Tatkala itu juga kematian memanggil-manggil untuk bersemadi bersama tanah kubur. ALLAHUAKBAR! sudahkan kita bersedia untuk semua ini? TIDAK!! ana belum cukup bersedia, dan memang tidak bersedia langsung.

"Kematian itu tidak berganjak walaupun sesaat"






Hari ini sudah sah seorang wanita menjadi isteri kepada suaminya. Tahniah kepada Sharifah Bahijah kerana telah sah di ijab kabulkan dengan seorang lelaki bernama suami ^_^  Alhamdulillah.. Bilakah agaknya saat bahagia ini akan ana rasai? Bagaimana rasanya ya? Dengan hanya satu lafaz akad sahaja, maka sahlah seorang wanita menjadi isteri kepada si lelaki. Subahanallah! Betapa hebatnya lafaz itu, betapa agungnya kekuasaan Allah. Allahuakbar. Sungguh berharga lafaz itu, tidak sabar untuk ana menjadi seorang isteri.  (malu2, heheh..) 

Ya ALLAH, permudahkan dan percepatkanlah urusan ku di dunia ini, agar dapat ku fokus pada matlamat akhirat ku..amin..




IM@TF: Aku sudah tua, dan layak kawen!!

Wednesday 30 May 2012

CAHAYA 3

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..


Post kali ini sepatutnya ana publish pada hari jumaat lepas, tapi apakan daya, tertunda atas kekilafan diri sendiri.

Isu pada Jumaat lepas ialah "Tepati Masa". Ana setiap Jumaat akan ada meeting prestasi bersama-sama pihak JKR. Nak di jadikan cerita, ada staff yang masuk lewat ke dalam meeting, dan menyebabkan pihak JKR menunggu sedikit lama dari kebiasaanya. Perkara ini telah merosakkan 'mood' Bos tersebut, lalu membatalkan meeting dan pergi berlalu sahaja.


Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku apabila ada rasa tanggungjawab dalam diri. Bagi ana, "biarlah ana menunggu orang, tetapi jangan orang tunggu ana". Ana agak rimas bila orang tunggu ana, ana jadi kelam kabut, risau, dan tak tentu arah.. Ada pernah sekali ana pernah lambat masuk kuliah, di sebabkan itu ana sanggup ponteng kuliah. Segan nak masuk kuliah bila lambat. (iskh2, kes nie jangan pula ada yang tiru ya, tak bagus,hehehe..Tapi, if ada geng lambat, tak dak la segan sangat, hihihi...)





IM@TF: Menunggu dapat pahala~



Wednesday 23 May 2012

CAHAYA 2

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..


Salam Rejab buat semua umah Islam,
Alhamdulillah, dapat jua kita bertemu dengan Rejab sekali lagi, moga-moga dapat kita lalui Ramadhan yang amat kita nanti-nantikan setiap tahun. Perasaan Ramadhan di UUM amat kuat sekali, nikmat Ramadhan di sana bukanlah sekadar nikmat biasa, tetapi nikmat syukur. Berbeza Ramadhan di UUM dengan di KL. Baru sebentar tadi ana bersama sahabat ana mengimbau kembali saat dan detik Ramadhan di UUM. Berlenang air mata tatkala mengenang kembali kenangan itu. Sungguh indah sekali. 

Nikmat sahur, nikmat tadarus, nikmat taraweh, nikmat berbuka dalam talam, nikmat usrah, nikmat ukhuwah, dan segala nikmat yang telah kami perolehi. Syukur YA ALLAH atas nikmat-nikmat tersebut. ALLAHUAKBAR! Rindu sungguh UUM, titik.


Bagaimanalah Ramadhan ana tahun ini ya? Adakah senikmat tahun-tahun lalu semasa berada di UUM?
Dengan waktu kerja yang tidak menentu, kerja yang banyak..

Semua persoalan itu bukanlah penghalang bukan??
Ia bergantung pada diri sendiri untuk mencorak perjalanan yang di inginkan. Jika ana mahu yang terbaik Ramadhan ini, maka analah yang perlu berusaha untuk jadikannya terbaik. As GOD and everybody said, "Nobody can change us, but we can change ourself"  ^_^  Maka, ana berharap sangat dan akan berusaha agar Ramadhan kali ini sebaik dan lebih baik dari Ramadhan-ramadhan ana yang dulu, insyaALLAH. Kepada sahabat-sahabat yang mendengar rintihan ana, tolonglah bawa ana pada jalan yang di redhaiNYA, ana telah jauh, tarik ana semula ya..

YA ALALH, berilah kami peluang dan kesempatan lagi untuk kami benar-benar mersai Kau dalam diri kami, berilah kami peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa kami, ampunilah kami YA ALLAH, hanya padaMU kami memohon.



IM@TF : Bawalah aku ke cahayaMU itu..

Saturday 19 May 2012

CAHAYA 1

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..

Alhamdulillah, syukur padaNya atas segala nikmat yang di kurniakan ^_^
Alhamdulillah jua kerana keinginanku untuk membina laman blog baru akhirnya tercapai..


That's all for my 1st entry, InsyaALLAH i'll update my blog@diary as soon as possible, hihi..
May ALLAH protect us now and hereafter, amin..
Please FORGIVE us ALLAH, i bag u  =(



IM@TF: Salam Perkenalan ^_^