Wednesday 30 May 2012

CAHAYA 3

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..


Post kali ini sepatutnya ana publish pada hari jumaat lepas, tapi apakan daya, tertunda atas kekilafan diri sendiri.

Isu pada Jumaat lepas ialah "Tepati Masa". Ana setiap Jumaat akan ada meeting prestasi bersama-sama pihak JKR. Nak di jadikan cerita, ada staff yang masuk lewat ke dalam meeting, dan menyebabkan pihak JKR menunggu sedikit lama dari kebiasaanya. Perkara ini telah merosakkan 'mood' Bos tersebut, lalu membatalkan meeting dan pergi berlalu sahaja.


Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku apabila ada rasa tanggungjawab dalam diri. Bagi ana, "biarlah ana menunggu orang, tetapi jangan orang tunggu ana". Ana agak rimas bila orang tunggu ana, ana jadi kelam kabut, risau, dan tak tentu arah.. Ada pernah sekali ana pernah lambat masuk kuliah, di sebabkan itu ana sanggup ponteng kuliah. Segan nak masuk kuliah bila lambat. (iskh2, kes nie jangan pula ada yang tiru ya, tak bagus,hehehe..Tapi, if ada geng lambat, tak dak la segan sangat, hihihi...)





IM@TF: Menunggu dapat pahala~



No comments: