Friday 1 June 2012

CAHAYA 4

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..


Salam Jumaat sahabat-sahabat semua, salam barakah..

Hari ini sudah secara rasminya masuk bulan June, yakni bulan 6. Cepat rasanya masa berlalu meninggalkan usia. Usia setiap saat semakin tua, bukan semakin muda. Tatkala itu juga kematian memanggil-manggil untuk bersemadi bersama tanah kubur. ALLAHUAKBAR! sudahkan kita bersedia untuk semua ini? TIDAK!! ana belum cukup bersedia, dan memang tidak bersedia langsung.

"Kematian itu tidak berganjak walaupun sesaat"






Hari ini sudah sah seorang wanita menjadi isteri kepada suaminya. Tahniah kepada Sharifah Bahijah kerana telah sah di ijab kabulkan dengan seorang lelaki bernama suami ^_^  Alhamdulillah.. Bilakah agaknya saat bahagia ini akan ana rasai? Bagaimana rasanya ya? Dengan hanya satu lafaz akad sahaja, maka sahlah seorang wanita menjadi isteri kepada si lelaki. Subahanallah! Betapa hebatnya lafaz itu, betapa agungnya kekuasaan Allah. Allahuakbar. Sungguh berharga lafaz itu, tidak sabar untuk ana menjadi seorang isteri.  (malu2, heheh..) 

Ya ALLAH, permudahkan dan percepatkanlah urusan ku di dunia ini, agar dapat ku fokus pada matlamat akhirat ku..amin..




IM@TF: Aku sudah tua, dan layak kawen!!

No comments: