Thursday 6 December 2012

CAHAYA 12 - KEMATIAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..


Alhamdulillah, kesempatan yang ada ini mari kita panjatkan rasa syukur padaNya atas segala nikmat yang di berikan..syukur Ya Allah..


Hari ini ada berita kematian yang sy dapat, berita yang hampir dengan sy..
Officemate sy baru sahaja kehilangan anak dalam kandungan, kandungannya telah menjangkau 8 bulan lebih, yakni 2 minggu awal dari due date sepatutnya..berlaku komplikasi.. anak sulung perempuan kepada pasangan ini pergi tidak kembali lagi..pergi tanpa sempat mengucapkan salam kepada dunia serta ibu bapanya..saat dimana ibu bapa menantikan bayinya hadir untuk memberi kebahagiaan kepada mereka hancur apabila kematian memanggil..begitulah takdir, qada&qadar yang ALLAH telah tetapkan untuk setiap dari kita..


Bagaimana ya perasaan seorang ibu bila ketahuan yang anaknya sudah meninggal dunia?
Perit?
Sedih?
Kecewa?

Berbagai-bagai perasaan yang bakal di lalui oleh kedua ibu bapa itu..hanya redha dah berserah pada ALLAH jualah dapat menenagkan pasangan itu.. ALLAHURABBI..tak dapat untuk sy gambarkan perasaan itu kerana sy jua berasa sedih apabila mendengar penghabaran ini..

Ya ALLLAH, jika ini adalah yang terbaik untuk pasangan tersebut, Kau berikanlah kekuatan, dan tabahkan mereka untuk menghadapi segala yang bakal berlaku, amin..


IM@TF: Syurga menanti mu wahai khalifah...


"Sesungguhnya kematian itu pasti, dan ia tidak akan berganjak kehadapan mahupun kebelakang walaupun sesaat.."



~Mati itu pasti, cuma bila dan dimana adalah RAHSIA~

No comments: