Friday 20 December 2013

CAHAYA 26

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt...


Syukur alhamdulillah..
Bertemu kembali dari 1 jumaat ke jumaat yang lain..
Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Kau berikan..
Moga aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur =)

emm, lama benar tak update blog nie..
Makin malaskah aku? atau di sebabkan ketiadaan laptop dan kekangan masa??
Fikir-fikirlah sendiri wahai diri, hihi..

Now is middle of December..
Time is running out..
Hope to see March as soon as possible..
Make dua' for us ya ^_^






IM@TF: lalalala.. post kali ni tiada input untuk agama pon Hana, aduhai..

Friday 8 November 2013

CAHAYA 25

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt...

Syukur atas segala nikmat yang di beri..alhamdulillah..
Sentiasalah mengucapkan syukur agar menjadi hamba yang sentiasa bersyukur ^_^

Today, 8 November 2013..
My birthday =)
Alhamdulillah..setahun lagi menjangkau usia tua ku..
Setahun lagi kubur memanggil-manggil ku..
Allahuakbar..bila-bila masa sahaja masa itu akan tiba..
Moga Allah menjemputku pada mana aku benar-benar beriman kepadaNya..


Besday cake, nyam, nyam..

3 November 2013..

My new status..

"Tunangan Orang.."

Alhamdulillah, majlis pada 3 Nov berjalan lancar..
Selepas zohor rombongan pihak lelaki bertolak dari rumah menuju ke rumah ku..ada dalam 9 buah kereta yang datang..fuyoo..ramai kot, hihi..dah macam rombongan kahwin pon ada, walhal baru rombongan meminang, huhu.. 

Disebabkan 9 buah kereta yang datang, kami pihak perempuan menyediakan kemudahan dan keselesaan para tetamu dengan menyediakan khemah untuk mereka berteduh ^_^
Sebaik rombongan lelaki sampai, hujan pon turun membasahi bumi..syukur..hujan rahmat =)


Rombongan pihak lelaki di jamu dahulu sebelum apa-apa perbincangan dijalankan..kita kasi penuh perot dulu, baru heppy nak bincang-bincang =E ana dok dalam bilik je la, nasib ada Safuraa & Laila datang, ada la teman sikit..tak dak la gabra, huhu.. *berdebar-debar tunggu rombongan lelaki datang, tak senang duduk..*

Lepas semua selesai menjamu selera, tiba-tiba.... jeng..jeng..jeng..

'knok..knok..knok..'
Assalammualaikum.. (makngah ketuk pintu nak masuk bersama wakil pihak lelaki..)

Waalaikumusaalam.. (dalam keadaan serba tak kena, dup dap, dup dap..)

Muncullah wajah-wajah yang di kenali yakni bakal emak mertua dan adiknya..
Then ada 1 wajah jua yang turut dikenali yakni nenek kepada tunangku..  *_^
Wakil yang menyarung cincin di jari manisku adalah nenek tunangku, lagi la bedebar that time..
Memang serba tak kena..nak salam dulu ke nak sarung cincin dulu ekz??
Mana satu nie? adoi..
Last-last nenek sarung cincin dulu, then baru salam n cium pipi, so sweett...
Sebelum sarung cincin tue makngah suruh wakil memperkenalkan diri dulu, hihi..

"Saya nenek kepada Syahrul.."  wink, wink..


Alhamdulillah, selesai suda majlis menyarung cincin..
ekz..sarung cincin pon di kira majlis ke ekz? huhu..
Then, sepupu sepapat tunang masuk bilik berborak dan bergambar =)
Pheewiittt...dah macam artis uollss...hihihi...

After semua dah selesai, ada majlis doa selamat pula..
Yang nie di ketuai oleh pakngah..
Doa selamat semperna dapat bakal menantu + dapat cucu baru :)
My sis, K.dila baru lepas melahirkan anak pada 2 Nov 2013 ^_^
Semuanya alhamdulillah di permudahkan olehNya..

Nur Zahra~
Moga menjadi anak yang solehah~


Now, we are busy on preparing for our Walimah..
Pray for us ^_^

*Semua barang hantaran saya kakak ipar yang buat dan gubah..K.aifa, thank you so much!!
aipp..saya pon ada buat gak taw barang hantaran, gubah sendiri..claass kau jah =p 
Kretiff tak?hihihi...





IM@TF: Doakan dipermudahkan urusan walimah saya yea wahai pembaca yang budiman~

Wednesday 23 October 2013

CAHAYA 24

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt...

Syukur alhamdulillah atas segala kurniaanNya..
Moga beroleh redha untuk setiap yang kita lakukan, insyaALLAH ^_^


Dalam diri ini punya sesuatu yang tidak dapat dihuraikan..
Ada tanda tanya yang memerlukan jawapan..
Ada keresahan terhadap persoalan itu..
Diri terasa lemah..
Namun, tiada jawapan untuk soalan itu..
Ku terus menunggu, mengkaji serba sedikit apa yang terjadi sebenarnya..
Ku mencari hikmahnya..
Dan terus mencari..
Namun, setakat ini aku gagal..

Degupan jantung ku terhenti pada sebaris ayat..
Ayat yang benar-benar buat ku tersedar dari lamunan..
Ayat yang membuat hidup ku gelisah..
Malam ku tergandah..

Ayat itu adalah:
"Sebenarnya ALLAH nak sedarkan hana dan ALLAH nak selamatkan hana.." 


Apa maksud semua ini??
Allah nak sedarkan aku mengenai apa??
Allah nak selamatkan aku dari siapa??

Ya ALLAH, berikanlah aku petunjuk untuk menghuraikan segala kekusutan ini..
Ya ALLAH, jangan biarkan aku terumbang ambing buat kali ke-2..
Bantulah aku Ya ALLAH..
Aku benar-benar memerlukan Kau dalam kehidupan ku..
Cuma terkadang aku terleka dan terlupa akan Kau..
Ampunilah aku Ya ALLAH  =(


IM@TF: Bantulah daku~

Tuesday 15 October 2013

CAHAYA 23

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt..

Salam AidilAdha..
Alhamdulillah, sampai ke hari jua..
Sudah lama tak update blog usang nie..
Ada jua kesempatan harinie, syukur ^_^

Bulan nie Oktober..
Bulan depan November..saat dan waktu yang dinanti-nantikan..
Moga dipermudahkan urusan kami, amin..

My best fren baru je selamat melahirkan baby b0y, alhamdulillah..
C0ngrets Maryam bt Abdul Rahman + husband, moga Anas menjadi anak yang soleh, amin..

Anas b Mohd Zairy Hamzah
~_^

Sebenarnya banyak nak update, tapi lupa, hihihi..
So, update for upcoming event je la yea :P
This November is my 2nd E-Day..
Bukan nak bangga for 2nd times, tapi itulah perjalanan takdir untuk ku =)
Sahabat-sahabat, doakan agar jodoh saya berpanjangan dengan bakal zauj saya ya..
Doakan juga moga dipercepatkan dan dipermudahkan urusan kami..insyaALLAH..

Barang-barang hantaran untuk tunang nie belom settle lagi..belah lelaki dah settle, bakal mak mentua buat sendiri, hebat!! belah saya nak bagi dekat lelaki tak settle, dulang pon takdak lagi, huhu.. sape nak gubah pon tak sure, hihih..

Anyway, wish me luck for this time ya..
Doa anda amat dihargai dan didahului oleh ribuan terima kasih =)


IM@TF: Saya sayang awak dan family awak kerana ALLAH ^_*  Moga ALLAH redha, amin~

Monday 2 September 2013

CAHAYA 22

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt..

Kriokk, kriookk..
Bunyi perutku yang kelaparan tahap ThunderCat..
Maklumlah dari pagi tak makan, cuma minom air dan kueh raya..
Alhamdulillah, inilah nikmat lapar yang ku perolehi hari ini..

Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang tak terhingga yang telah Kau berikan kepada kami, sungguh kami bersyukur..alhamdulillah..

“Ya Allah, bantulah aku agar senantiasa berdzikir, bersyukur dan beribadah dengan baik kepada-Mu”.




Ramadhan sudah berlalu..
Syawal hampir melabuhkan tirai..
September datang menghiasi tahun 2013..
Semuanya bergerak semakin pantas..
Sepantas "ThEfLaSh", hihihi..

Namun, adakah perjalanan hidup kita, umur kita selari dengan kehendakNya..
Iman kita bagaimana? Ibadah kita bagaimana? Ilmu kita bagaimana? 
Adakah ia seiring sejalan dengan umur kita?
27tahun berlalu, amat pantas..dan dengan itu kita menghampiri satu kenyataan yang pasti dan pasti..yakni kenyataan yang kita semakin menghampiri kubur..
Ia, menghampiri KEMATIAN..
Sudahkah ku bersedia? sudahkah kau bersedia? seduahkan kamu sekalian bersedia?
Allahuakbar..!! 
Mati itu pasti..
Bila...Dimana...Bagaimana... itulah yang menjadi tanda tanya setiap dari kita..


Rasulullah salla Allah alaihi wa sallam bersabda:
“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik dalam membuat persiapan untuk alam berikutnya, maka itulah orang yang bijak.”
[Sunan Ibnu Majah, no. 4249. Dinilai hasan oleh al-Albani]

IM@TF: Perot yang lapar telah di isi dengan burger Ramlee free, seseorang belanja, wohaa~ Kenyang suda, alhamdulillah, kenyang juga nikmat sahabat-sahabatku ^_^ 

Monday 5 August 2013

CAHAYA 21

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt..

Alhamdulillah, alhamdulillah kerana di beri kesempatan untuk sampai ke 27 Ramadhan 1434..
Moga akan ada lagi Ramadhan-ramadhan yang mendatang..kerana diri ini masih belum puas lagi menikmati nikmatnya Ramadhan..masih banyak ruang-ruang Ramadhan yang belum di hiasi dan di penuhi sebagai hamba Allah..

Syukur, alhamdulillah atas segala nikmat yang telah di kecapi hingga hari ini..
Sentiasalah kita menjadi hambaNya yang bersyukur, insyaALLAH ^_^


InsyaAllah, my new family ^_^


Nuzul Quran yang lepas, 26hb Julai 2013 is my 1st time going out together with my future family..
With my future mother-in-law, sister-in-law and future zauj =)
Wah, speking yea hana..hihihi..
Tujuan utama kami keluar bersama is untuk beli kain nikah untuk hantaran tunang nanti..
Kami pergi Jakel Shah Alam..alhamdulillah, segala urusan membeli belah pada hari itu sangat mudah dan dipermudahkan..apa yang kami cari, kami dapat..warna yang di pilih pon tidak susah untuk di 'machingkan'..simple and easy..syukur, alhamdulillah..
*ada gak jeling-jeling sekeliling, ada beberapa pasangan yang mencari kain juga, tapi macam banyak kali try n test, hihi..*

Alhamdulillah, bakal zauj dan saya suka dengan warna tema nikah tue, nice n sweet gitu ^_@

After beli kain nikah, jalan sekeliling untuk cari kain 'hadiah' untuk mak, ayah n my sis..
Kata bakal emak, hadiah tue sebagai pembuka laluan, lebih kurang macam tue la..then utk my sis sebab langkah bendul, hehehe..
Pusing punya pusing, jumpa kedai Euro Moda..alhamdulillah sekali lagi, kain untuk mak n my sis dah jumpa..cuma baju melayu untuk ayah tak dapat lagi, hihi..
Nanti bakal zauj beli sendiri yea, saiz baju ayah M kot.. tak pon L, hihi  =p



Selepas habis shopping..kami pergi restauran Putra Ayu..
Dekat shah alam gak, tak tahu seksen berapa, tapi dekat gak la dengan Jakel tue :)
Bakal zauj belanja, hureeyy!!
Sedap..ada lauk udang tepung, ikan becor masak apa lupa, kerabu mangga, n tomyam campur..terliur..ramai gak orang bebuka dekat sana ^_^
Alhamdulillah..



That day I feel sangat dihargai..
Family bakal zauj macam dekat dihati..
Emak dia sempoi, love it!! My mother-in-law sempat lagi beri beberapa amanat kepada diri ini, amat terharu rasanya, diri ini sangat dihargai ^_^
Thanks to you and your family, love u all..
 


IM@TF: Saya sayang anda semua kerana Allah =)

Wednesday 24 July 2013

CAHAYA 20

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt..

Senyumlah duhai hati..senyumlah duhai jiwa..
Senyum seindah suria..


Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik..dah setengah bulan Ramadhan kita lalui, jalani..
Macam mana Ramadhan tahun nie?? bertambah baik atau consistent seperti tahun-tahun yang lepas..??
Kalau consistent maksdnya tiada perubahan, tiada penambahbaikkan..
Maka, yok tanya iman..
*hana, kau macam mana? strategi yang kau bina dah capai?ehem..tanya iman kau sendiri wahai Noor Hana..*

Ramadhan tak lama lagi akan berakhir.. macam mana nie?
Bangun malam pon masih terkial-kial, fuhh..
Sekarang nie fasa Pengampunan, jadi kena banyak menangis, banyak bertaubat untuk mendapatkan MaghrifahNya..cammon la Noor Hana, wake up dear!!
Chaiyokkk!!


Haa..nak share cerita gembira ^_^
26hb Julai 2013 nie saya nak pergi beli kain untuk nikah..
InsyaALLAH pergi beli sekali dengan bakal mak mertua, dan En.Future ^_#   *wink, wink*
Berdebar pun ada, hepy pon ada..macam-macam rasa ada sekarang nie..
Tema nikah??apa-apa pon boleh, hihi..cos saya tak cerewet, tak kesah warna apa pon..yang penting Allah redha.. Alhamdulillah dapat bakal mak mertua yang sporting, siap tolong pilihkan warna, design baju..fuyoo..korang ada ke mak mertua macam tue? takder kan?? so, jangan jelez..hihihi
Anyway, i feel so greatfull, alhamdulillah..
Thank you Allah..thank you Allah..
^_^

IM@TF: Doakan kebahagian ini milik saya yea..walaupun pernah melukai orang lain..
Ampunilah aku Ya Allah..
Ya Allah, permudahkanlah urusan jodoh-jodoh kami, Allahuma amin ^_^

Thursday 11 July 2013

CAHAYA 19

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt..

Hari ini hari ke-2 Ramadhan..
Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seleruh dunia ^_^
Tahun ini ada beberapa target yang perlu di capai untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas..

Target:

1. Hafal 10 Juzuk Amma
(yup, ini antara surah yang saya tak hafal, jadi saya ambik pendekatan untuk hafal all surah for this  Ramadhan, kenapa? tak percaya saya tak hafal??hihihi..) kisah benar ^_^  *saya merujuk kepada kami*
  • Al-Humazah
  • At-Takaatsur
  • Al-Qaari'ah
  • Al-'Adiyaat
  • Al-Zalzalah
  • Al-Bayyinah
  • Al-Qadr
  • Al-'Alaq
  • At-Tin
  • Adh-Dhuhaa

2. Baca Mathurat setiap pagi.. baca masa odw pergi kerja, if tak sempat sebab drive, bace bersama audio, huhu..


3. Qiamulail - solat sunat, paling minimum sekali seminggu..siapa bagun, kena kejutkan pasangan dia yea =)


Inilah antara target untuk Ramadhan tahun nie..walaupun target tak sebesar mana, tapi yang penting niat untuk menuju kebaikan itu ada, moga di permudahkan olehNya, amin..

Yok, yok..biar sikit, yang penting istiqomah ^_^


IM@TF: Target nie bukan target individu, tapi target DUET..bersama-sama untuk meningkatkan diri, ingat-mengingati, hafal-menghafali, hihihi..nak masuk syurga sorang-sorang ker? tidakkan, jadi ajaklah pasangan anda, bakal pasangan pun amat di galakkan, huhuhu..

Friday 5 July 2013

CAHAYA 18

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt..

Syukur dengan nikmat Iman dan Islam yang di perolehi hingga hari ini..
Nikmat pancaindera, nikmat melihat, merasa, menghidu dan sebagainya..
Nikmat perasaan, nikmat bahagia, sedih, gembira, cemburu, marah dan sebagainya..

Subahanallaah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

^_^


Semakin hari semakin tenang, gembira dan bahagia..
Semoga perasaan ini berkekalan hingga ke akhirnya..
Semoga ia di redhaiNya..

Allahurabbi :)

Alhamdulillah, beberapa bulan yang getir, perit telah di lalui dengan adanya..dengan semampuku..
Bagiku itu adalah ujian untuk ku, walaupun ujian itu adalah jalan yang diriku pilih sendiri..
Setiap jalan yang ku pilih adalah ketentuanNya.. (betul x apa yg sy fikirkn??)
Yang lepas adalah kenangan yang benar-benar mematangkan diri ini..walaupun ia sedikit perit, tapi punya banyak kemanisan yang boleh di gunakan untuk melalui masa hadapan..
Matang dalam membuat pilihan, matang dalam melayani perasaan, matang dalam.... matangkah??

Sekarang diri ini meningkat dewasa, banyak yang perlu diri ini perbaiki untuk merealisasikan impian..
Impian menjadi ISTERI SOLEHAH..
Fuuhh...! takutnya dengar impian tue..
Cakap senang la Hana..hehhe..
Imamku, i try ya, hihi ^_^

hehhe..my entry kebelakangan nie berkisar kawen jak rasanya..anyway, that's my feeling right now, please  pray hard for my my dear fren.. jap, jap..fren? ada ke kawan-kawan kau tahu mengenai blog kau? jadi macam mana mereka nak doakan kau? hihihi..takpa, takpa..Allah Maha Mengetahui, kan Allah? Sayang Allah @_@



IM@TF: Nanak tahu x? sy mimpi emak dia..seolah-olah merestui kami, adoit..APTB Noor Hana nie..

Thursday 13 June 2013

CAHAYA 17

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalammualaikum wrt wbt..


Subahanallah..

Bersabarlah duhai hati..

Segala ujian drNya..

Bermohonlah dikau pdNya agar kekusutan yang kau alami terlerai..

Dialah sebaik-baik penolong..



Noor Hana Ibrahim..
Tanya diri apa yang sebenarnya kau perlukan..
Apa sebenarnya yang kau inginkan dalam hidup ini..
Berfikirlah...gunakah keseluruhan nikmat yang Allah kurnikan untuk berfikir, melihat dan menganalisis..
Bangun Hana..



Kadang kala terfikir adakah kebahagian diri sendiri perlu di korbankan demi kebahagiaan orang lain??
Perlukah aku berkorban?? 
Berkorban perasaan? hati? jiwa? jantung ku??
Benarkah kata-kata di atas??
Perlukah aku buat semua itu demi melihat orang sekeliling tersenyum bahagia??
Oh Tuhan..bantulah aku..
Ssesungguhnya Kau lebih mengetahui akan segalanya.. 



IM@TF: Ku rasa tenang bila bersamanya..

Friday 31 May 2013

CAHAYA 16


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..

Yok selawat banyak-banyak..









This video make me cry..betul-betul menyentuh jiwa.. 
Moga bermanfaat untuk anda semua..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


IM@TF: Ya Allah, ketemukan aku dengan kekasihMu yang amat di cintai..amin, amin, amin.. 

Sunday 19 May 2013

CAHAYA 15


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..

Syukur ke hadrat Illahi atas segala yang ada di langit, mahupun di bumi..

KEGAGALAN..


Pernahkah anda mengalami kegagalan dalam hidup?
Kegagalan yang bagaimana anda pernah alami?

Kegagalan dalam pelajaran?

Kegagalan dalam kehidupan?
Kegagalan dalam percintaan?
Kegagalan dalam perkahwinan?
Kegagalan dalam perkerjaan?

Kegagalan ini terlalu banyak dan umum..masing-masing punya kegagalan yang berbeza..
Dan kita jualah orang yang mampu untuk mengendali kegagalan yang sedang kita alami..
Masing-masing pernah mengalami kegagalan, begitu jualah diri ini..

Kegagalan pertama ku adalah dalam pelajaran..yakni SPM..ada beberapa subjek yang gagal..tapi itu tidak bermakna kita gagal selamanya..ku terus melangkah, berlari, mendaki, menyelam dan seterusnya bejaya sehingga kini, walaupon tidak sebejaya mana, diri ini punya pekerjaan, wang untuk menampung perbelanjaan diri ^_^ alhamdulillah, syukur...

Kegagalan seterusnya dalam perhubungan..
Ini lagi rumit untuk ku perhalusi..
Tetapi, akan ku gagahi menempuh arus untuk ku teruskan kehidupan sementara di dunia ini..
Akan ku jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran dalam perhubungan seterusnya..
Moga segalanya di permudahkan..
Sesungguhnya Kau lebih mengetahui mana yang terbaek untuk diri kami..



Sudah, sudah..
Kegagalan itu hanya sementara, jangan di kenangkan kegagalan itu..
Apa yang penting kena tabah melaui setiap kegagalan yang datang, berusaha untuk mengubah kegagalan itu kepada kejayaan.. semoga berjaya Norr Hana Ibrahim ^_^



IM@TF: Kegagalan itu batu lonjatan KEJAYAAN.. #_#

Friday 17 May 2013

CAHAYA 14


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..

Subahanallah..Maha SuciAllah..

Allahuakbar..Maha Besar Allah..

Perkahwinan..



Ya, ikatan sah antara lelaki dan wanita melalui satu lafaz, yakni lafaz akad..

Maha Besarnya Allah yang mana dengan satu lafaz akad sahaja, seorang anak, seorang wanita secara rasmi dan sahnya mnjadi seorang ISTERI kepada si SUAMI..

Apabila diri ini menghayati kebesaran lafaz akad itu, maka secara automatiknya mata ini terasa hangat di banjiri lautan selat melaka..betapa agongnya lafaz itu..tak terkata oleh kata-kata untuk mengambarkan perasaan ini.. Subahanallah, Allahuakbar..Kaulah yang berkuasa atas segala di langit dan bumi..

Isteri..

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk menjadi tulang belakang kepada si suami..yang sentiasa ada bersama tatkala suka, duka, perit, getir, manis dan bermacam-macam perasaan lagi..

Isteri..

Itu bukanlah sekadar perkataan mahupun gelaran, tetapi di sebaliknya terlukis 1001 tanggungjawab yang perlu di galas bersama-sama gelaran itu..Hakikatnya bukan mudah untuk menjadi seorang isteri, tetapi akan ku gapai, akan ku kejar, akan ku daki dan akan ku berusaha untuk jadi sebaik mungkin..


Duhai Bakal Suamiku..

Ketahuilah, diri ini bukanlah sesempurna mana, tidaklah sebaik mana, tidaklah sesolehan mana..
Tetapi, akan ku berusaha merealisasikan "Keluarga Bahagia" yang ku impikan bersama mu..
Perkahwinan yang akan ku bina bersama mu bukanlah perkahwinan dalam alam dunia semata-mata, tetapi ingin ku lanjutkan ia hingga ke SYURGA sana, nun di sana..moga impian ku, serta impian semua para-para isteri menjadi kenyataan, aminn..

Duhai Bakal Suamiku..

Yok! kita berusaha sama-sama untuk mencari Mardhotillah, yakni Redha Allah dalam perkahwinan kita nanti ya ^_^ saling bantu membantu, ingat mengingat..banyak yang perlu diri ini perbaiki, moga kita istiqomah di atas jalanNya..


Isteri Solehah~

"YA ALLAH, izinkan aku menjadi ketua bidadari buat suamiku di JannahMU..."


IM@TF: Tak sabar nak kawen!! tapi semuanya masih kurang jelas, masih menjadi tanda tanya.. Ya Allah, jangan biarkan aku tergapai-gapai dan lemas di tenggelami tsunami..bantulah aku..  T_T
Ya ALLAH, permudahkanlah urusan jodoh ku, jodoh dia, jodoh dia dan jodoh dia, aminn..

~akusukadiatapiakupuntidakpastisiapadiauntukaku~

Friday 26 April 2013

CAHAYA 13

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..


Alhamdulillah ^_^
Syukur masih ada peluang lagi untuk berkarya dalam blog nie, hihihi..sudah lama benar tidak update blog comel nie walaupun takdak orang baca =) syukur masih lagi bernyawa hingga hari ini, syukur alhamdulillah Ya Allah..

Inilah tempat ku meluahkan..meluhkan segala yang berada dalam diri..yang terbuku..walaupun kadang kala ia tidak dapat di ceritakan secara lisan mahupon secara bertulis..inilah pilihanku ^_^

*Nak meluahkan pun kena ada masa, adei..*

Life sekarang macam biasa..sedang berusaha untuk menghampiri DIA..
Kadang kala aku leka, lalai..
Tapi itulah yang dinamakan MANUSIA..

Syukur sangat-sangat ada sahabat yang sentiasa bawa aku ke jalan yang lurus..
Ikutkan hati, memang dah bengkang bengkok, adei..
Ya Allah, Kau rahmatilah sahabat-sahabatku semua..
Permudahkan urusan mereka sepertimana Kau permudahkan segala urusanku..

Ya Allah, Kau Maha Mengetahui apa yang terbuku dalam diri ini..
Aku memohon petunjuk, pertolongan dariMu, hanya padaMu, tiada yang lain..
Ya Allah, bantulah aku, bantulah aku untuk meleraikan segala kekusutan hati yang sedang aku alami..
Aku sangat berharap padaMu..  T_T

Sesungguhnya Kau Mengetahui mana yang terbaik buat diriku..
Maka perlihatkanlah ia kepadaku demi kebaikan ku, keluargaku, serta agamaMu..
Amin, amin, amin...



IM@TF: Eh, entry kali nie lebih kepada doa pula rasanya.. ha, sape yang baca tue tak reti-reti nak aminkan?hehhe ^_^