Friday 17 May 2013

CAHAYA 14


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..

Subahanallah..Maha SuciAllah..

Allahuakbar..Maha Besar Allah..

Perkahwinan..



Ya, ikatan sah antara lelaki dan wanita melalui satu lafaz, yakni lafaz akad..

Maha Besarnya Allah yang mana dengan satu lafaz akad sahaja, seorang anak, seorang wanita secara rasmi dan sahnya mnjadi seorang ISTERI kepada si SUAMI..

Apabila diri ini menghayati kebesaran lafaz akad itu, maka secara automatiknya mata ini terasa hangat di banjiri lautan selat melaka..betapa agongnya lafaz itu..tak terkata oleh kata-kata untuk mengambarkan perasaan ini.. Subahanallah, Allahuakbar..Kaulah yang berkuasa atas segala di langit dan bumi..

Isteri..

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk menjadi tulang belakang kepada si suami..yang sentiasa ada bersama tatkala suka, duka, perit, getir, manis dan bermacam-macam perasaan lagi..

Isteri..

Itu bukanlah sekadar perkataan mahupun gelaran, tetapi di sebaliknya terlukis 1001 tanggungjawab yang perlu di galas bersama-sama gelaran itu..Hakikatnya bukan mudah untuk menjadi seorang isteri, tetapi akan ku gapai, akan ku kejar, akan ku daki dan akan ku berusaha untuk jadi sebaik mungkin..


Duhai Bakal Suamiku..

Ketahuilah, diri ini bukanlah sesempurna mana, tidaklah sebaik mana, tidaklah sesolehan mana..
Tetapi, akan ku berusaha merealisasikan "Keluarga Bahagia" yang ku impikan bersama mu..
Perkahwinan yang akan ku bina bersama mu bukanlah perkahwinan dalam alam dunia semata-mata, tetapi ingin ku lanjutkan ia hingga ke SYURGA sana, nun di sana..moga impian ku, serta impian semua para-para isteri menjadi kenyataan, aminn..

Duhai Bakal Suamiku..

Yok! kita berusaha sama-sama untuk mencari Mardhotillah, yakni Redha Allah dalam perkahwinan kita nanti ya ^_^ saling bantu membantu, ingat mengingat..banyak yang perlu diri ini perbaiki, moga kita istiqomah di atas jalanNya..


Isteri Solehah~

"YA ALLAH, izinkan aku menjadi ketua bidadari buat suamiku di JannahMU..."


IM@TF: Tak sabar nak kawen!! tapi semuanya masih kurang jelas, masih menjadi tanda tanya.. Ya Allah, jangan biarkan aku tergapai-gapai dan lemas di tenggelami tsunami..bantulah aku..  T_T
Ya ALLAH, permudahkanlah urusan jodoh ku, jodoh dia, jodoh dia dan jodoh dia, aminn..

~akusukadiatapiakupuntidakpastisiapadiauntukaku~

No comments: