Sunday, 19 May 2013

CAHAYA 15


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang...

Selawat dan Salam untuk Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

Assalammualaikum wrt wbt..

Syukur ke hadrat Illahi atas segala yang ada di langit, mahupun di bumi..

KEGAGALAN..


Pernahkah anda mengalami kegagalan dalam hidup?
Kegagalan yang bagaimana anda pernah alami?

Kegagalan dalam pelajaran?

Kegagalan dalam kehidupan?
Kegagalan dalam percintaan?
Kegagalan dalam perkahwinan?
Kegagalan dalam perkerjaan?

Kegagalan ini terlalu banyak dan umum..masing-masing punya kegagalan yang berbeza..
Dan kita jualah orang yang mampu untuk mengendali kegagalan yang sedang kita alami..
Masing-masing pernah mengalami kegagalan, begitu jualah diri ini..

Kegagalan pertama ku adalah dalam pelajaran..yakni SPM..ada beberapa subjek yang gagal..tapi itu tidak bermakna kita gagal selamanya..ku terus melangkah, berlari, mendaki, menyelam dan seterusnya bejaya sehingga kini, walaupon tidak sebejaya mana, diri ini punya pekerjaan, wang untuk menampung perbelanjaan diri ^_^ alhamdulillah, syukur...

Kegagalan seterusnya dalam perhubungan..
Ini lagi rumit untuk ku perhalusi..
Tetapi, akan ku gagahi menempuh arus untuk ku teruskan kehidupan sementara di dunia ini..
Akan ku jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran dalam perhubungan seterusnya..
Moga segalanya di permudahkan..
Sesungguhnya Kau lebih mengetahui mana yang terbaek untuk diri kami..



Sudah, sudah..
Kegagalan itu hanya sementara, jangan di kenangkan kegagalan itu..
Apa yang penting kena tabah melaui setiap kegagalan yang datang, berusaha untuk mengubah kegagalan itu kepada kejayaan.. semoga berjaya Norr Hana Ibrahim ^_^



IM@TF: Kegagalan itu batu lonjatan KEJAYAAN.. #_#

No comments: